Sulit
3 tahun
Air liur dan nafas berbau teruk
Saya 25 tahun. Ada masalah nafas dan air liur berbau teruk. Saya menyedari saat sekarang selalu memakai facemask dan kadang2 air liur terkena pada facemask lalu berbau teruk. Ada suatu masa, jika digosok kuat lidah pada gusi gigi geraham mengeluarkan bau seakan bangkai. Saya akan berkahwin dan masalah ini menyebabkan saya berasa sangat malu dan gelisah jika bersama pasangan kelak. Saya buntu, minta penjelasan dan rawatan penyelesaian. Terima kasih.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pastikan kebersihan tubuh anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Antara penyebabnya boleh dikaitkan dengan:
- Mulut kering
- Plak pada gigi
- Merokok
- Jangkitan dalam mulut
Anda disarankan:
- Minum air yang mencukupi bagi mengelakkan mulut kering
- Berhenti merokok kerana perkara ini menyumbang kepada mulut berbau dan menjejaskan kesihatan
- Menggosok lidah lebih-lebih lagi jika lidah anda keputihan
- Menggunakan pencuci mulut
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).