Sulit
4 tahun
Doc, sy ada masalah yg mulut sy berbau logam. Sadakah ini di sebabkan sy makan ubat gastrik ? Sy ada 3 jenis ubat gastrik, yg kerap syakan ubat charcoal. Dan sy baru sebulan ni disahkan ada gastrik
Doc, sy ada masalah mulut berbau logam. Hampir seminggu sy alami. Sy juga tengah start makan ubat gastrik, dan sebaru sebulan sy disahkan gastrik, sebab kerap pedih ulu hagi dan terasa panas di dada.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, untuk menjawab soalan anda, ubat charcoal tidak menyebabkan rasa logam dalam mulut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.