Sulit
3 tahun
Nafas berbau dan lidah ada lapisan putih/kuning sepanjang hari
Salam hai Dr… Saya mempunyai masalah nafas berbau sepanjang hari. Bermula setiap kali bangun tidur pd waktu pagi, lidah mst akan ada lapisan putih, kdg2 kuning yg menyebabkan nafas berbau… Mcm2 cara dilakukan i.e gosok gigi, berus lidah, kumur dgn listerine, scaling ggi tp masih ada nafas berbau… Kdg2 bila bersin pon akan berbau…
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pastikan kebersihan tubuh anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Antara penyebabnya boleh dikaitkan dengan:
- Mulut kering
- Plak pada gigi
- Merokok
- Jangkitan atau inflamasi dalam mulut seperti
- sinusitis
- rhinitis
- tonsilitis
- jangkitan fungus
- dan lain-lain
Oleh kerana gejala tersebut kerap berterusan walaupun beberapa langkah dan inisiatif telah dilakukan, anda disarankan untuk berjumpa doktor di klinik atau hospital, pakar ENT atau doktor gigi dalam waktu yang terdekat untuk mendapatkan rawatan yang lebih lanjut. Namun buat sementara waktu, anda bole meneruskan langkah-langkah yang berikut:
- Minum air yang mencukupi bagi mengelakkan mulut kering
- Berhenti merokok (sekiranya anda merokok) kerana perkara ini menyumbang kepada mulut berbau dan menjejaskan kesihatan
- Menggosok lidah lebih-lebih lagi jika lidah anda keputihan
- Menggunakan pencuci mulut setiap hari
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).