azrulfauzi21
4 tahun
Simptom lain tiada hanya nafas saja yang agak berbau
Saya lelaki dalam linkungan 20an… pernafasan agak berbau akibat selalu hidu asap motor.simptom seperti hidung tersumbat,batuk2,demam,bengkak mata n muka,sakit tekak semua tiada.hanya ada simptom pernafasan berbau n kahak hijau.nafas busuk tu dtg sekali kahak hijau kecik2. Tp selepas tu nafas ok n warna kahak seperti biasa.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah gigi yang berkarang
- jangkitan kuman pada sinus
- merokok
- jangkitan kuman pada paru-paru
- jangkitan kuman pada lidah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.