masadra72
4 tahun
Masalah bau mulut yang kurang menyenangkan
Saya lelaki berusia 21 tahun, ingin mengetahui cara2 untuk mengatasi masalah bau mulut. Setelah saya gosok gigi pun, masih ada bau2 yg kurang menyenangkan. bukan bau darah, tapi bau mulut. entah, saya tak pasti bau apa. Harap dapat dibantu akan masalah saya ini. Thank you!.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mulut kering
- Merokok
- Jangkitan dalam mulut
Anda disarankan:
- Minum air yang mencukupi bagi mengelakkan mulut kering
- Berhenti merokok kerana perkara ini menyumbang kepada mulut berbau dan menjejaskan kesihatan
- Menggosok lidah lebih-lebih lagi jika lidah anda keputihan
- Menggunakan pencuci mulut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.