Anonymous
4 tahun
Gumpalan putih berbau keluar dari tekak
Sy Nor Hisham dr Gpg…Alami mulut berbau.Puas berus gigi masih berbau.Terasa malu dan sukar lakukan solat jemaah risau menggangu jemaah lain.Pergaulan terbatas.Hembus hidung pn berbau…tq Doc
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala mulut berbau beserta gumpalan putih yang dimaksudkan tuan boleh berpunca daripada:
- Radang tonsil
- Jangkitan kandidiasis tekak
- “Poket” Farinks (“Pharyngeal pouch syndrome”)
- Ketumbuhan dalam tekak
- Puasa/lama tidak makan
- Jangkitan saluran udara
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.