
Sulit
3 tahun
Mata sebelah kiri asyik berkedip dan mulut asyik bergerak secara sendiri
Hi doc, saya wanita dalam linkungan 20an dan saya perasan bahawa mata dan mulut saya akan bergerak secara sendiri terutamanya di sebelah kiri. Perkara ini telah berlaku sejak dulu lagi tetapi makin lama makin kerap terjadi terutamanya bahagian mata sebelah kiri. Saya pernah bertanya kepada rakan saya, dan mereka berkata mungkin saya terlampau stress atau mungkin ini adalah salah satu tanda minor stroke, akan tetapi saya tidak merasakan diri saya stress. Ini membuatkan saya rasa tidak selesa disebabkan perkara ini dan apakah saya perlu lakukan untuk kurangkan perkara ini dan perlukah saya berjumpa dengan doktor?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami bahawa mata dan mulut anda mempunyai pergerakan yang luar biasa.
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Antara kemungkinan masalah ini adalah
Akibat kepenatatan yang teramat
Akibat tekanan yang teramat
Akibat keresahan yang mendalam
Masalah pada sistem saraf
Kekejangan ‘hemifacial’
‘Blepharospasm’
Masalah kelenjar tiroid
Terdapat pelbagai jenis punca lain bagi kondisi sebegini.
Anda disarankan untuk mengambil nasihat pakar neurologi untuk pandangan yang betul serta jikalau perlu rawatan untuk kondisi ini.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan kebimbangan anda.