
Sulit
4 tahun
Mata sering tumbuh ketumbit
Selamat pagi doktor, sy hafizzah berumur 22 tahun, sy ada terbaca artikel doktor tentang ketumbit atau “stye” yang mana sy sendiri mengalaminya saat ini dan ianya berlaku berulang kali. Ketumbit itu tumbuh dua biji didalam kelopak mata sy. Sebelum ni sy pernah juga melakukan rawatan di klinik² swasta dan melakukan surgeri untuk membuang stye tersebut tetapi lama kelamaan ia sering tumbuh menjadikan sy tidak mampu untuk kesana lagi berikutan kos yang tinggi. Sy ada juga ada ke klinik2 kesihatan yang berhampiran dan ingin membuat surgeri tetapi sy hanya diberi ubat titis mata dan juga krim oil… sy ingin bertanya kepada doktor bagaimana sy ingin mengelakkan jika berlaku nya lagi ketumbit tersebut sedangkan sy jarang mengenakan alat solek dibahagian mata… mohon penjelasan nye doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Salah satu faktor yang menyebabkan ketumbit adalah memakai alat solek di kelopak mata dan menyebabkan penyumbatan kelenjar minyak. Selain itu, masalah ketumbit ini juga boleh disebabkan oleh bakteria dari kulit (biasanya bakteria staphylococci) yang masuk dan merengsakan kelenjar minyak di bahagian kelopak mata. Bakteria ini, biasanya tidak berbahaya. Apabila ianya terperangkap bersama dengan sel-sel kulit mati di pinggir kelopak mata, hasilnya adalah benjolan yang bengkak, merah, dan menyakitkan.
Penyebaran staphylococcal ke kelopak mata boleh terjadi dari menyentuh lendir dari hidung dan kemudian menyentuh mata. Oleh itu, pastikan anda membersihkan tangan sentiasa dan mebersihkan nanah yang keluar dari kawasan ketumbit agar jangkitannya tidak merebak ke kawasan lain. Elakkan dari memegang mata.
Memandangkan anda sering mendapat ketumbit, ianya berkemungkinan menunjukkan bahawa kelopak mata anda perlu dibersihkan lebih kerap. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan menggunakan sedikit syampu untuk bayi (kerana syampu bayi jarang menyakitkan mata) pada kain kapas atau kain lap. Kemudian cuci kulit di kelopak mata secara berkala bagi mengurangkan risiko folikel bulu mata dijangkiti.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor bagi pemeriksaan serta rawatan lanjut terutama sekali sekiranya masalah ini masih berpanjangan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.