
Sulit
3 tahun
Minyak ikan omega fish
Saya lelaki berusia 23 tahun ingin bertanya , saya selalu bersenam dan ada menggunakan beberapa suppliment termasuk minyak ikan fish oil? Berapa dos atau berapa biji sehari saya perlu makan fish oil itu ? Harap dapat menjawab soalan saya ini. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, suppliment minyak ikan dos dalam 250mg hingga 500 mg sehari sepatutnya adalah mencukupi untuk dewasa. Namun, jenama dan produk yang berbeza mungkin mempunyai dos tersedia yang berbeza bagi setiap pil atau kapsul. Oleh itu, sila merujuk kepada kotak suppliment anda dan mengamalkan arahan pengambilan yang disediakan.
Sekiranya anda mengalami sebarang kesan sampingan dari suppliment yang diambil, sila hentikan pengambilan anda dan berjumpa doktor dengan lanjut. Mungkinnya anda mempunyai alahan pada suppliment tersebut; atau dos yang diambil mungkinnya tidak sesuai untuk anda.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.