
Sulit
5 tahun
Najis anak berwarna hijau
Anak saya berumur 2 thn… 2 hari nie dia kerap buang air besar warna hijau…normol atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi.Untuk makluman pihak anda, najis kanak-kanak biasanya berwarna seperti mustard dan kehijauan. Sesetengah kanak-kanak mempunyai najis yang lebih hijau. Walaubagaimanapun, harus diingatkan bahawa najis kanak-kanak terutama yang menyusu dengan susu ibu boleh berubah mengikut pemakanan ibunya.
Walaupun najis hijau biasanya adalah normal, sila rujuk anak anda kepada doktor dengan segera jika anak anda mempunyai simptom lain seperti:
- Kerap menangis dan meragam seperti sakit
- Cirit-birit
- Tidak mahu menyusu
- Najis berdarah
- Demam
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.