kutskeati_jer
4 tahun
Pcm supp dose 125mg @ 250mg
Doc, anak saya berat 8.8 kg berumur 1 tahun di beri ubat supp 250 mg. Nak kepastian betul ke dose tu kena dgn berat dan umur anak saya? Sebab ada terbaca anak umur 1thn perlu supp pcm 125 mg sahaja.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berikut merupakan garis panduan umum untuk sukatan ubat suppository paracetamol:
- 3 bulan - 1 tahun: 60 - 125 mg
- 1 - 5 tahun: 125 - 250 mg
Mengikut panduan ini, anak anda hanya memerlukan 125 mg iaitu 1 tablet suppository sahaja. Namun begitu, untuk kepastian, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.