Sulit
2 tahun
Pengambilan suplement
Hello doc saya lelaki umur 22 tahun…apakah kesan pengambilan suplement vitamin? Adakah memberi kesan kepada buah pinggang atau mata? Dan bolehkah saya mengambil suplement vitamin dengan begitu saja seperti surbex zinc b plus ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Untuk makluman pihak anda, suplemen vitamin jika diambil dalam dos yang disarankan, biasanya tidak akan memberi kesan sampingan. Kesan kepada buah pinggnag atau mata akan terjadi jika anda mengambil dos yang berlebihan dari apa yang disarankan pada label produk.
Vitamin and supplemen biasanya selamat untuk diambil. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai sebarang keraguan, saya sarankan agar berbincangkannya dengan ahli farmasi ataupun doktor anda sebelum bermula mengambilkan sebarang supplemen dalam jangka masa panjang.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.