Sulit
3 tahun
Berapa mg vitamin c untuk budak 12 tahun tapi berat badan 60 kg
saya berumur 28 tahun . saya hanya ingin menanya berapa mg vitamin C yg boleh dberi kepada budak 12 tahun? anak perempuan sya mpunyai berat badan yg hmpir sama dgn org dewasa dlm 60 kg . apakah dia blh mkn vitamin org dwasa yg 500mg atau 250mg ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pengambilan vitamin C.
Untuk makluman anda, dos vitamin C yang disyorkan untuk diambil adalah sebanyak 65 hingga 90 milligrams (mg) sehari dan maksimum 2,000 mg sehari. Anda boleh merujuk maklumat pada kotak vitamin tersebut sebagai panduan pemakanan. Pengambilan vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan gejala berikut:
- Cirit birit
- Loya
- Muntah
- Pedih ulu hati
- Sakit perut
- Sakit kepala
- Sukar untuk tidur
Selain daripada suplemen, anda juga mungkin tidak sedar bahawa bebrapa jenis makanan telah kaya dengan vitamin C seperti:
- Brokoli
- Betik
- Jambu batu
- Bunga kobis
- Nanas
- Kiwi
- Kale
- Lada benggala
Jaga kesihatan anda dengan pemakanan yang betul !
Anda tidak perlu terlalu bergantung kepada tablet vitamin C sekiranya tiada indikasi khusus daripada doktor. Makanan yang anda ambil seharian sudah memadai untuk memberikan tenaga dan vitamin C.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.