Sulit
3 tahun
Vic c yg sy beli blackmore 500mg buffered
adakah vit c ni patut kunyah dulu?
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda ingin tahu cara mengambil blackmore vitamin c 500mg buffered yang betul. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, cara penagmbilan vitamin C bergantung kepada jenis pil tersebut. Contohnya
Chewable: Vitamin jenis ini perlu dikunyah sehabis mungkin bagi mendapat manfaat vitamin C yang dinyatakan
Slow release: Ini pula merupakan pil yang perlu ditelan bersama 1 cawan penuh air. Vitamin C pada pil ini akan dibebaskan secara terkawal dalam sistem pencernaan anda.
Serbuk: Vitamin C jenis serbuk pula perlu digaul rata bersama satu cawan air jernih untuk diminum habis.
Informasi yang dinyatakan di atas, boleh didapati pada botol blackmore vitamin c 500mg buffered. Sila baca label serta arahan pada ubat tersebut dengan betul
Bagi pertanyaan lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.