Sulit
3 tahun
Kesan vitamin c terhadap pesakit g6pd
Hi, saya lelaki & berumur 34 tahun. Saya pesakit G6PD. Soalan saya, bolehkah saya mengambil Bocalex C1000 untuk meningkatkan antibodi saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, Bocalex C1000 mengandungi ramuan tidak digalakkan untuk pesakit G6PD. Selain itu, Bocalex C1000 adalah sesuatu supplement saja, ia tidak dapat meningkatkan antibodi anda. Sekiranya anda ingin mengambil sebarang supplement, anda perlu merujuk kepada doktor sebelum dahulu.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.