Sulit
2 tahun
Ubat Lianhua Qingwen Jiaonang
Salam Sejahtera Doctor, sya nak tnya golongan berpenyakit yng mana harus mengelakkan memakan Ubat Lianhua Qingwen Jiaonang yng boleh meredakan simtom covid-19 oleh Shijiazhuang Yilling Pharmaceutical. Mohon pencerahan doktor, adakah ubat ini berbahaya untuk orang yng disyaki mempunyai penyakit jantung?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui maklumat lebih tentang ubat supplemen tersebut. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, ubat supplemen tersebut adalah ramuan tradisi yang boleh meredakan gejala batuk, selsema, kahak. Produk ini MUNGKIN membantu melegakan simptom COVID-19, tetapi ia tidak menyembuhkan jangkitan, dan tidak mencegah COVID-19. Sila gunakan produk ini dengan sewajarnya.
Setakat ini, data dan kajian tidak mencukupi untuk membuktikan profil keselamatan produk ini, terutamanya dalam golongan yang mempunyai penyakit kronik. Orang yang mempunyai tekanan darah tinggi dan penyakit jantung dinasihatkan supaya tidak menggunakan produk ini tanpa berjumpa dengan doktor dahulu. Saya menasihati anda untuk membincangkan perkara ini dengan doktor anda secara terperinci sebelum memulakan suplemen ini jika anda mempunyai penyakit jantung.
Jika anda disyaki mempunyai simptom COVID-19 atau bersentuhan rapat dengan orang yang positif COVID (close contact), sila ikut garis panduan dan dapatkan ujian RTK atau PCR, mengasingkan diri dan dapatkan rawatan perubatan yang sewajarnya seperti yang diperlukan daripada klinik kesihatan atau hospital yang terdekat dengan anda.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.