Sulit
3 tahun
Hai doktor, saya ingin tahu.. makanan apakah yang paling tinggi kalium@potassium?
Saya ingin tahu makanan apakah yang paling tinggi kalium@potassium? Dan berapakah kadar jumlah kalium yang perlu dalam tubuh sehari untuk lelaki berumur 27 tahun? Terima kasih doktor.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kalium atau nama lain potasium merupakan salah satu jenis mineral yang penting untuk tubuh badan. Antara makanan yang mengandungi sumber kalium yang tinggi adalah seperti pisang, avocado, delima, bayam, kentang, air kelapa dan banyak lagi. Seorang dewasa memerlukan sebanyak 3500 - 4700 mg setiap hari. Kadar potassium yang normal dalam darah adalah di sekitar 3.5 - 5.2 mmol/L.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.