Sulit
3 tahun
Vitamin C seawal kemahilan
Bolehkah wanita hamil 3minggu ambil tablet vitamin c 1000mg?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda ingin mengetahui tentang pengamalan suplemen vitamin C bagi wanita hamil. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kadar vitamin C yang disyorkan bagi individu yang hamil adalah sekitar 85 milligrams (mg) sehari, selain itu pengambilan suplemen ini tidak boleh melebihi jumlah 2,000 mg sehari, kerana ini akan menyebabkan keracunan.
Walaupun vitamin C penting untuk wanita hamil. Pengambilan Vitamin C dan yang berlebihan atau tidak terkawal boleh menyebabkan gejala yang serius seperti berikut:
- Cirit birit
- Muntah
- Sakit kepala
- Gangguan batu karang
Untuk pengetahuan anda Vitamin C boleh didapati dengan kadar yang mencukupi dari diet seharian anda yang sudah mengandungi vitamin C seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Jadi tidak perlu mengambil supplement vitamin C yang terlalu banyak.
Sebaiknya pengambilan suplemen perlu dirujuk kepada doktor atau pakar nutrisi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Dietitian