Sulit
3 tahun
Minuman jus detox untuk melawas pembuangan air besar
Hai doktor,saya ingin bertanya adakah kerapa minum minumam jus detox merbahaya kepada kesihatan?dan lebih-lebih lagi jika kerapa minuman jus detox tersebut dengan tujuan untuk pelawasan pembuangan air besar.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui jika minum jus detox boleh menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan anda, adakah ini betul? Jangan risau kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, meminum jus detox dengan banyak mempunyai beberapa kesan yang negatif kepada kesihatan anda.
Jika jus detox mengandungi laksatif untuk melawaskan pembuangan air besar boleh menyebabkan kehilangan nutrisi daripada badan dan juga boleh menyebabkan dehidrasi.
Jus detox boleh mengandungi kalori yang rendah yang boleh menyebabkan kekurangan gula dalam darah dan mengalami gejala seperti pening, keletihan dan pitam.
Ia boleh menjadi bahaya dan serius kepada individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan boleh menyebabkan masalah batu karang.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan pandangan dan nasihat lebih lanjut sebelum memulakan sebarang rawatan.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih