Sulit
3 tahun
Penat dan cepat mengantuk
Saya berusia 21 tahun dan seorang pelajar. Saya cepat merasa penat dan sering mengantuk. Saya juga sukar untuk focus. Jadi, bolehkah saya mengambil supplement multi vitamin dan iron secara bersamaan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Anemia
- Hipoglikemia
- Tekanan darah rendah
Oleh itu, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.