Sulit
3 tahun
Pengambilan Daging dan Seafood Berlebihan
Saya lelaki berumur 24 tahun…saya sering mengambil daging dan seafood sebagai hidagan…dalam 3-4 kali seminggu saya akan makan daging dan seafood…adakah ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan boleh menyebabkan penyakit2 yg lebih teruk?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secara amnya, memakan protein berlebihan daripada yang diperlukan boleh menyebabkan komplikasi kesihatan seperti:
- Kenaikkan berat badan
- Mulut busuk
- Sembelit atau cirit-birit
- Dehidrasi
- Masalah buah pinggang
- Penyakit jantung
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk mengamalkan pemakanan makanan yang seimbang yang mengikuti piramid makanan untuk mengelakkan masalah kesihatan. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.