Sulit
3 tahun
Flavettes mengandungi aspartame?
Betulke flavette tidak sesuai diamalkan. Sebab ada aspartame dalam ingredients tu? Saya baru je beli:cry: boleh refund?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, supplemen atau vitamin yang anda nyatakan mengandungi aspartame. Aspartame adalah pemanis dan tiada laporan tentang aspartame dengan penyakit yang spesifik kecuali pesakit yang mempunyai phenylketonurics. Malah aspartame juga telah mendapatkan kelulusan daripada:
- U.S. Food and Drug Administration (FDA)
- United Nations Food and Agriculture Organization
- World Health Organization
- American Heart Association
- American Dietetic Association
Terdapat juga makanan dan minuman yang mengandungi aspartame seperti:
- air berkarbonat diet
- aiskrim tanpa gula
- gula-gula getah
- yogurt
- gula-gula tanpa gula
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.