Sulit
3 tahun
Nadi lemah,badan lesu
Sye kuat merokok adakah jntung sye tdak baik?Vitamin 10 ade ke doc? Sye buat saringan doctoroncll sbntar tdi sye kurang vitamin A,zat besi,vitamin D.Dimankah blh sye dptkn vitamin 10 tu?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Umumnya, bagi mengetahui kondisi sebenar jantung anda, ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pulmonologist kami sedia membantu.
Lazimnya nadi lemah & badan lesu boleh disebabkan oleh:
- keletihan yang melampau (extreme fatigue)
- kekurangan gula atau air dalam tubuh
- tanda-tanda gangguan tidur
- gangguan metabolisme tubuh
- komplikasi dari tabiat merokok
Tahniah & terima kasih! Buat diri anda dan umumnya komuniti kita bersama, kerana anda telah berjaya mengorak langkah dalam membuat saringan demi menjaga kesihatan. Walau bagaimanapun saringan yang dilakukan hanya langkah awal bagi menilai kekurangan yang mungkin di alami saat ini. Untuk mengetahui (pelan penjagaan) kesihatan jangka panjang apa yang lebih sesuai untuk diri anda khususnya, saya sarankan agar anda mendapatkan nasihat yang lebih terperinci dari doktor secara langsung.
Untuk saat ini anda boleh mendapatkan suplemen di platform kami secara atas talian, disamping itu, turut berusaha merubah gaya hidup yang lebih aktif walaupun di waktu PKP ini. Selain itu, cuba berusaha agar berhenti merokok perlahan-lahan, kerana merokok adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit yang serius.
Namun, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala penyerta seperti:
- lemah lesu badan yang mengganggu rutin harian
- pening / sakit kepala
- kejang tubuh
- mual / muntah
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!