
Anonymous
2 tahun
Penyakit Darah tinggi
Assalamualaikum… Sya berumur 24 tahun… Tekanan darah saya dlam lingkungan 140/92… Ibu bapa sya pun ada pnyakit darah tnggi… Adakah sya tergolong dlam pnykit drah tnggi doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Menurut taklimat terbaharu , bacaan 140/92 mmHg dikategorikan dalam kumpulan hypertensi (penyakit darah tinggi) (tahap pertama) iaitu
Bacaan Systolic : 140-159mmHg
Bacaan Diasystolic : 90-99mmHg
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan yang sepatutnya memandangkan anda mempuyai risiko untuk mendapat hypertensi (penyakit darah tinggi) iaitu kedua -dua ibu bapa mempunyai tekanan darah tinggi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.