
Sulit
2 tahun
Perempuan Berbulu Lebat
Saya wanita 20an. Saya insecure dengan perempuan lai yang tak berbulu leba macam saya. Ada tak cara kurangkan bulu macam makan pil hormon ke. Saya ada niat nak jumpa doktor dishospital tapi saya tak tahu sama ada saya akan dilayan semasa pendaftaran kalau saya cakap nak jumpa sebab bulu lebat.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bulu lebat (seperti lelaki) pada wanita boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Polycystic ovarian syndrome (PCOS) yaitu sejenis masalah ketidakseimbangan hormon
- Cushing syndrome apabila tahap hormon kortisol dalam badan terlalu tinggi akibat konsumsi berterusan ubatan yang mengandungi steroid seperti sesetengah jamu
- Hiperplasia adrenal kongenital - keadaan genetik yang mana tubuh mengeluarkan hormon steroid dalam kadar yang tinggi
- Tumor di ovari atau di kelenjar adrenal
- Ubat-ubatan
Sebaiknya anda merujuk dahulu ke doktor untuk mengetahui apakah anda mempunyai sebarang masalah kesihatan diatas. Hal ini adalah agar masalah kesihatan anda dapat diubati dari akar pokok penyebabnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.