
amiezaamie2112
5 tahun
Puting payudara kecil
Saya berumur 25 tahun dan ada masalah saiz putinfmg terlalu kecil…adakah ini normal…dan seandainya saya dikurniakan zuriat, bagaimana saya mahu menyusukan dengan saiz puting yang kecil…mohon pencerahan…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Setiap wanita dilahirkan dengan jenis puting susu dan payudara yang berbeza. Seperti yang anda ketahui, perbezaan payudara ini berbeza-beza, tergantung pada peratus lemak tubuh, cara lemak tubuh, serta kondisi kulit dan otot-otot yang dimiliki setiap wanita. Namun, yang sering kali menyebabkan kehebohan adalah bahawa puting susu memiliki delapan jenis yang berbeza.
Secara amnya , setiap wanita yang mengandung akan menghasilkan susu yang mencukupinya dan jumlah susu yang dihasilkan adalah bergantung pada jumlah alveoli yang terdapat di payudara dan bukanlah mengikut saiz puting.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih