
Sulit
4 tahun
Rambut gugur bertompok
Salam sejahtera… saya lelaki berumur 24tahun… saya mengalami rambut gugur yang banyak… bangun pagi tengok atas bantal banyak rambut gugur… lepastu, kat kepala jadi macam bertompok2 tempat yang takda rambut… kalau tarik rambut yang dekat kawasan tompok tu senang sangat tercabut… tarik perlahan pun boleh tercabut rambut tu… saya risau laa… macam mana nak atasi ye? Baru je jadi… harap doktor dapat bantu saya… terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah keguguran rambut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Faktor keturunan
- Kemoterapi
- Trauma pada kepala di bahagian rambut
- Kekurangan protein
- Pengambilan steroid
- Pengambilan ubat-ubatan seperti Methotrexate
- Penuaan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mengatasi keguguran rambut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.