
Sulit
4 tahun
Rambut gugur ketika mengambil pil perancang
saya wanita berumur 21 tahun.Selepas bersalin anak pertama pada tahun 2019 sya telah mengambil pil perancang kehamilan,semenjak mengambil pil perancang saya dapati rambur saya gugur.Saya juga telah banyak kali tukar pencuci rambut tetapi hasilnya tetap sama.Persoalannya adakah pil perancang tersebut yang menyebabkan rambut saya gugur?dan apakah yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala keguguran rambut yang dialami oleh anda merupakan salah satu kesan sampingan penggunaan pil perancang yang diambil. Namun, ia hanya berlaku oleh sesetengah wanita yang mengamalkan pil perancang hormon kerana ia boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu:
- Keguguran rambut selepas menggunakan pil perancang bermaksud badan anda adalah sensitif terhadap hormon wanita iaitu estrogen atau progesterone yang terkandung dalam pil tersebut. Oleh itu, sekiranya anda berhenti menggunakan pil tersebut, kemungkinan masalah keguguran rambut akan berhenti.
- Perkara ini juga berkait dengan faktor keturunan. Sekiranya anda mempunyai keturunan yang mudah botak (lihat pada ayah, datuk, saudara-mara), maka anda mempunyai kecederungan yang lebih untuk mudah dipengaruhi oleh gejala keguguran rambut yang disebabkan oleh penggunaan pil hormont tersebut.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berhenti menggunakan kaedah pil perancang hormon bagi menyelesaikan masalah keguguran rambut anda. Sekiranya anda masih ingin merancang, anda boleh mencuba kaedah perancangan lain seperti menggunakan IUD, kondom, pull-out method, dan juga pembedahan Tubal Ligation yang melibatkan kemandulan seumur hidup.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.