
meoadila77
4 tahun
Rambut keguguran selepas bersalin
Saya berumur 25tahun dan mempunyai anak 2orang…anak yang last dah umur 1 tahun 6bulan…rambut saya masih lagi gugur dan makin menipis…ini membuatkan saya tak selesa untuk ikat rambut saya kerana akan sakit…soalan saya…Apa benar kalau saya makan ubat ada kandungan zinc ni untuk menguatkan balik rambut saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala rambut gugur selepas bersalin ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Sindrom Polisistik Ovari
- Tekanan emosi/fizikal
- Penggunaan produk rambut tidak bersesuaian - alahan kulit rambut
- Kurang zat besi dalam diet
- Kesan pil perancang
- Lebihan vitamin A
Bagi mengatasi masalah ini, antara langkah umum yang boleh diambil adalah seperti:
- Kurangkan stres
- Pemakanan seimbang
- Pengambilan suplemen tambahan - perlukan nasihat doktor sekiranya tidak pasti suplemen yang seusai atau tidak
- Elakkan pemakaian produk rambut yang tidak berdaftar/bahaya
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.