
Sulit
4 tahun
Ruam, gatal dan merah merah pada miss v
hello doctor. sudah seminggu saya mengalami gatal dan ruam pada miss v dan celah kankang. pada awalnya ruam biasa. hari ketiga ruam semakin bnyk dan merebak hingga kebelakang punggung saya. skrg hari yg ketujuk ruam itu menjadi pedih terutamanya selepas mandi. ruam itu mnjadikn kulit saya kembung dan berurat. saya tidak pasti sama ada itu ruam biasa atau tidak. saya perasan ruam ini timbul sejak saya mggunakan cream untuk shave miss v saya. namun saya tidak pasti sebab nya adakah saya patut berjumpa doc? kerana saya juga kerap melakukan hbgn seks saya takut jika ada apa apa jangkitan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ruam di bahagian kemaluan.
Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan ruam berlaku di bahagian kemaluan termasuklah jangkitan kuman mahupun keradangan kulit. Antara sebab yang biasa di jumpai adalah :
keradangan kulit disebabkan oleh tindakbalas kulit terhadap produk kulit. Sesetengah produk mempunyai bahan yang membuatkan kita alahan tanpa sedari. Antara gejala lain yang boleh dilihat apabila berlaku keradangan kulit adalah gatl-gatal, kulit bertukar merah, bengkak dan rasa pedih.
Keradangan faraj yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, kulat atau parasit. Sakit ketika membuang air kecil serta melakukan hubungan seksual adalah simptom lain bagi jangkitan faraj.
Molluscum Contagiosum merupakan jangkitan virus ke atas kulit. Jangkitan ini merebak melalui hubungan seksual. Ruam yang terbentuk biasanya berbentuk bulat, merah dan gatal.
Scabies juga boleh menyebabkan ruam berlaku di bahagian kemaluan. Simptom utama scabies adalah ruam yang sangat gatal.
Kutu di bahagian kemaluan boleh berjangkit melalui sentuhan seksual dan menyebabkan kegatala.
Jangkitan Herpes Virus. Jangkitan ini merupakan penyakit kelamin yang biasa berlaku. Ruam yang kecil dan sakit akan timbul di bahagian faraj hingga ke bahagian punggung. Gejala lain termasuklah demam, sakit kepala, sakit badan dan kelenjar limfa membengkak.
Syphilis juga merupakan jangkitan transmisi seksual yang serius dan mudah berjangkit.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Sekiranya anda seorang yang melakukan hubungan seksual secara aktif, sila amalkan hubungan seksual yang selamat seperti :
- Memakai kondom
- Tidak bertukar tukar pasangan
- Sentiasa melakukan ujian penyakit kelamin secara berkala
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Sekiranya ruam yang anda alami berpanjangan dan semakin teruk, sila berjumpa dengan Doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.