
Sulit
4 tahun
Sakit dekat bahagian tengah perut
saya wanita berumur 18 tahun.saya berasa sangat sakit dekat bahagian tengah perut saya.semakin saya tekan dan tahan semakin sakit.saya akan berasa sakit apabila datang haid dan sebelum haid tapi adakala sakit ini akan berterusan.apakah penyakit yang saya alami?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- senggugut - Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim (kadar fluktuasi hormon yang melebihi normal atau melebihi kemampuan tubuh untuk bertoleransi)
- Ulser duodenum (duodenal ulser)
- Gastroenteritis :Kebiasaannya ia berpunca daripada jangkitan pada usus
- Masalah pencernaan (dispepsia)
- Serangan Apendisitis : Apendisitis adalah radang atau jangkitan pada usus buntu (appendix)
Pemeriksaan susulan diperlukan untuk mengenal pasti samada masalah berhubungan dengan organ kewanitaan ataupun saluran penghadaman.
Di samping itu, kebanyakan wanita juga akan mengalami sindrom premenstruasi iaitu perubahan emosi atau fizikal beberapa hari sebelum datang haid seperti, mood swing , sakit kepala, sakit perut atau sakit pada payudara. Gejala ini adalah normal dan bersifat sementara serta akan hilang setelah datang haid.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda masalah ini semakin berlarutan dan mengganggu anda, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!