
Sulit
4 tahun
Sakit kepala di bahagian ubun²
Sy wanita berumur 37 tahun.sy mengalami skt kepala di bahagian ubun².kepala terasa berat dan berdengung seperti ada angin/air di dlmnya.sebelumnya sy mengalami skt telinga sblh kanan.telinga sy bengkak dan merah sehingga menganggu pendengaran sy.sy ada pergi ke klinik berjumpa doktor dh tlh mndptkn rawatan.slps injection/mkn ubt telinga sy beransur pulih dan tak skt lg di bahagian telinga.tetapi sy msh lgi menggunakn ubt titis telinga dan bila sy titiskn ubt tu ke dlm telinga ianya xblh keluar blk.dan sampai skg sy mengalami skt kepala berat seperti ada angin dan air didlmnya.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media.
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.