ruby

6 tahun

Sakit kepala hingga muntah. Adakah ini serius?

Hi doktor, saya seorang wanita berumur 21 tahun. Saya kerap sakit kepala, biasanya di bahagian sebelah kiri kepala. Rasa berdenyut denyut. Kadangkala disertai dengan muntah. Sakit kepala boleh berlarutan sampai sehari jika tak ambil paracetamol. Adakah ini serius atau hanya sakit kepala biasa dan tiada apa yang perlu dirisaukan?

Hai, terima kasih atas soalan saudari. Saya boleh faham bahawa anda berasa bimbang tentang keadaan anda.Terima kasih atas persoalan anda dan saya berharap anda berada dalam keadaan yang baik. Seperti anda telah menyatakan bahawa anda berusia 21 tahun dan anda mengalami sakit kepala yang berdeyut-deyut. Sakit kepala yang berdeyut- deyut disertai dengan muntah biasanya menunjukkan bahawa anda mengalami serangan migrain.

Secara umum panadol (paracetamol) tidak boleh memulihkan sakit kepala migrain. Migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya faktor genetik dan faktor persekitaran. Migrain disebabkan oleh masalah interaksi antara sistem otak dan saraf trigeminal. Biasanya sakit kepala ini boleh berlangsung dari 4 jam hingga 3 hari dan biasanya berlaku satu hingga empat kali sebulan dan juga mempunyai sakit berdenyut- denyut. Bersama-sama dengan rasa sakit, terdapat simptom lain, seperti sensitiviti terhadap cahaya, bunyi bising, atau bau, mual atau muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit perut.

Terdapat banyak ubat-ubatan yang telah direka untuk merawat serta mencegah episod migrain. Ubat migrain seperti Aspirin atau ibuprofen boleh membantu melegakan migrain ringan. Selain aspirin, triptans juga boleh digunakan untuk merawat migrain. Ia menyebabkan saluran darah mengecut dan ia juga menyekat saraf sakit di otak. Contoh ubat Triptan termasuk sumatriptan (Imitrex), rizatriptan (Maxalt), almotriptan (Axert), naratriptan (Amerge), zolmitriptan (Zomig), frovatriptan (Frova) dan eletriptan (Relpax). Anda boleh mengambil riboflavin (vitamin B-2) untuk mencegah migrain atau mengurangkan kekerapan sakit kepala. Anda juga dinasihatkan untuk mengambil suplemen magnesium untuk mengurankan kekerapan serangan migrain. Sila berjumpa doktor jika sakit kepala anda berlarutan.

Salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.

Sakit kepala pada bahagian sebelah sahaja boleh disebabkan oleh migrain, sakit kepala kluster dan sakit kepala tension. Migrain adalah punca yang paling biasa, diikuti oleh sakit kepala tenision dan kluster. Ini diklasifikasikan sebagai sakit kepala idiopatik kerana tiada keadaan perubatan asas yang menyumbang kepada keadaan ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan perubatan yang berkaitan dengan satu masalah sakit kepala, seperti arteritis temporal dan occipital neuralgia.

Penyebab yang lebih besar dalam kes anda adalah migrain. Ia bermula dengan aura di mana terdapat perubahan daya penglihatan seperti panahan cahaya. Serangan migrain juga boleh hadir dengan hipersensitiviti kepada cahaya dan bunyi, ucapan terjejas dan penglihatan kabur. Serangan ini boleh dicetuskan oleh tekanan, makanan atau kafein. Tidak mendapat tidur yang mencukupi juga adalah penyebab masalah ini. Ia melemahkan penghidapnya dan ia adalah keadaan melumpuhkan semasa serangan.

Sakit kepala cluster mempunyai corak sakit kepala bermusim dan orang ramai cenderung melupakannya. Ia berkaitan dengan beberapa masalah saraf di dalam kepala anda yang menyebabkan sakit yang mendalam di bawah mata anda. Ia boleh menjadi lebih teruk daripada migrain tetapi ia adalah keadaan yang jarang berlaku. Maklumat ini membantu anda mengetahui tentang sakit kepala anda. Walau bagaimanapun, diagnosis hanya boleh diberikan selepas pemeriksaan kesihatan. Ini membolehkan rawatan yang berguna untuk anda dan menguruskan sakit kepala anda dengan berkesan.

Dr Ilias,

6 tahun

Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan simptom anda, anda mungkin mengalami sakit kepala migraine. Migrain adalah penyakit yang biasa berlaku dalam kalangan masyarakat. Ia adalah penyakit yang kompleks yang disifatkan dengan sakit kepala pada sebelah bahagian sahaja. Sakit kepala ini sering disifatan sebagai sakit berdenyut-denyut. Ia seringkali juga mempunyai symptom lain yang melibatkan pemandangan, pendegaran dan deria rasa kita.

Terdapat empat fasa migrain:
1.Prodrome: Mudah marah, mengantuk, masalah konsentrasi, penat, kekejangan otot, mual, sukar untuk tidur, sering membuang air kecil
2.Aura: Masalah penglihatan(cahaya yang berkedip, bintik-bintik, garis melengkung yang melintas), kehilangan penglihatan sementara, rasa semut-semut di badan
3.Serangan migrain:Sakit kepala yang teruk, loya, muntah, pening, insomnia, sensitif kepada cahaya, bau dan bunyi
4.Postdrome: Kesukaran untuk konsetrasi, letih, kekurangan pemahaman

Sekiranya anda mengalami symptom-simptom di atas, anda mungkin mengalami penyait migraine. Migrain mungkin berlaku kerana ada faktor pencetusnya. Antara pencetus migraine ialah cara pemakanan yang kurang sihat, persekitaran yang berasap rokok, cahaya terang atau berkelipan, psikologi yang murung, cemas, marah, ubat-ubatan dan lain-lain. Anda patut berjumpa dengan doctor anda dengan segera untuk mendapatkan rawatan sekiranya mengalami simptom migrain.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)