
maya
6 tahun
Sakit kepala pada bahagian mata kanan
Hi doktor,sy berumur 28 thun. Sy ada masalah sakit kepala bhg mata kanan hingga ke tengkuk,rahang dan tulang pipi kanan. Dan kesakitan ni sudah berlarutan selama 2 minggu. Sakit ini datang apabila sy bgun pagi dan berlarutan. Sy terpaksa mngambil pain killer 650mg 2 biji utk melegakan sakit kepala sy utk seketika.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Berdasarkan soalan di atas, anda telah mengalami sakit kepala berpanjangan disertai dengan sakit mata dan muka dan bergantung kepada ubat tahan sakit. Bagi saya,ia kelihatan seperti migrain kerana ia berlaku selepas bangun dari tidur hingga sepanjang hari. Setiap pesakit migrain biasanya mempunyai pencetus khusus dan unik terutama dari segi tahap, kekerapan dan masalah keishatan yang lain yang mungkin berkaitan. Migrain merangkumi masalah pengembangan saluran darah yang lebih besar daripada biasa menekan pada otot-otot di kepala. Oleh kerana itu, saya akan menyarankan agar anda melihat seorang doktor untuk mendapatkan rawatan yang khas untuk anda.
Walaupun sakit kepala disebabkan migrain kadang-kadang boleh menjadi sangat perit, ia mempunyai sifat yang boleh diramalkan yang memberikan ruang masa untuk menganggarkan masa ia akan berlaku. Ini membolehkan penghidap migrain bersedia dengan ubat-ubatan sebelum ia menjadi lebih sakit. Dengan pengambilan ubat dan suplemen serta perubahan gaya hidup, simptom migrain dan intensitinya dapat dikurangkan.
Pertama, saya ingin mencadangkan perubahan gaya hidup termasuk beriadah dan bertemu dengan kaunselor. Tekanan boleh menjadi pencetus migrain. Dengan senaman, hormon yang dikeluarkan akan membantu mengurangkan tekanan. Kedua, migrain boleh disebabkan oleh kekurangan magnesium. Sekiranya ini berlaku, cuba ambil suplemen magnesium kerana ia membantu untuk mengendurkan saluran darah yang tegang semasa serangan migrain. Ketiga, ubat tahan sakit juga boleh diambil saat migrain mula datang. Untuk rawatan selanjutnya, saya sarankan agar anda berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan optimum.

6 tahun
Selamat petang. Terima kasih atas persoalan anda.
Simptom yang anda menyatakan menunjukkan bahawa anda mengalami migrain. Terdapat 3 jenis migrain, iaitu, migrain tanpa aura, migrain dengan aura dan aura migrain tanpa sakit kepala. Migrain tanpa aura adalah sakit kepala tanpa simptom manakala migrain dengan aura adalah kita dapat merasakan simptom sebelum serangan migrain. Aura migrain tanpa sakit kepala adalah penghidap boleh merasakan simptom lain tanpa diiringi sakit kepala.
Migrain boleh menyebabkan sakit kepala yang sengit yang sering digambarkan sebagai sakit berdenyut. Sakit kepala jenis ini boleh berlangsung dari 4 jam hingga 3 hari dan biasanya berlaku satu hingga empat kali sebulan. Bersama-sama dengan rasa sakit, terdapat simptom lain, seperti sensitiviti terhadap cahaya, bunyi bising, atau bau, mual atau muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit perut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor genetik atau faktor persekitaran.
Terdapat banyak ubat-ubatan yang telah direka untuk merawat serta mencegah episod migrain. Ubat migrain seperti Aspirin atau ibuprofen boleh membantu melegakan migrain ringan. Selain aspirin, triptans juga boleh digunakan untuk merawat migrain. Anda boleh mengambil riboflavin (vitamin B-2) untuk mencegah migrain atau mengurangkan kekerapan sakit kepala. Anda juga dinasihatkan untuk mengambil suplemen magnesium untuk mengurankan kekerapan serangan migrain. Sila berjumpa doktor jika sakit kepala anda berlarutan.