
Sulit
4 tahun
Sakit kepala sampai ke tengkuk
Hello,doktor. Saya remaja perempuan berumur 22 tahun. Saya sering mengalami sakit kepala, kadang kadang di sebelah kanan dan di sebelah kiri, sampai satu tahap ia akan sakit sampai ke belakang tengkuk. Saya juga anti kepada pencahayaan. Saya juga tidak boleh berfikir sedikit terus kepala saya rasa berdenyut. Apakah kemungkinan masalah yang saya alami, doktor?
Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepalatergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder. Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti
- glaukoma
- sinusitis
- jangkitan sistem pendengaran atau otitis media
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Informasi yang anda berikan berkenaan dengan sakit kepala dan ia juga bersangkut-paut dengan masalah penglihatan. Oleh itu, masalah ini boleh terjadi disebabkan masalah berikut iaitu:
- Hipotensi (tekanan darah rendah)
- Glaukoma
- Keradangan meningis
- Dehidrasi
- Migrain
Sakit kepala boleh dikurangkan dengan menggunakan ubat tahan sakit yang boleh dibeli difarmasi. Namun, rawatan ini tidak merawat masalah sebenar punca sakit kepala.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.