danielhaziqhalib10
4 tahun
Sakit tekak dan sakit di bahagian dada
Saya seorang lelaki berumur 18 tahun,kali terakhir saya keluar dari rumah pada jumaat 13/3/20.
Pada hari ahad saya berasa sakit di bahagian tekak.Namun pada pagi ahad ianya kelihatan seperti pulih.Pada harini sakit tekak kembali dan saya juga berasa sedikit tidak selesa pada bahagian dada sebelah kiri.Saya tidak mempunyai sakit lain seperti demam atau pening,akan tetapi saya berasa risau sekiranya ini juga adalah simptom Covid 19.Dan saya ingin menambah hidung sya disebelah kanan tersumbat tetapi tidak mengalami selesema.Tiada kesukaran bernafas yg dialami kecuali hidung yang tersumbat,harap doktor boleh membantu saya.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah hidung tersumbat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Nasal polyp
- Jangkitan sinus kronik
- Nasal tumour
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.





























