Anonymous
5 tahun
Sakit tekak yang perit
Kalau sakit tekak bleh makan aiskrim ak
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Sesetengah sakit tekak boleh dilegakan dengan ais krim. Ini adalah kerana ais krim yang sejuk boleh mengurangkan bengkak. Namun, sesetengah kes yang lain boleh menyebabkan batuk bertambah teruk dan mereke yang menghidap asma mungkin boleh mendapat serangan asma jika mengambil ais krim. Sakit tekak yang diakibatkan oleh cuaca panas, dehidrasi atau bengkak tonsil boleh dilegakan dengan ais krim. Dan ais krim yang boleh melegakan sesetengah sakit tekak ini sebaiknya gunakan yang berperisa vanila.
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor jika keadaan anda tidak membaik. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.