
nurnar936
5 tahun
Saya kerap berasa pening kepala Dan sakit kepala.. Boleh saya tau apa perbezaan ct scan dan mri scan dn berapa nilai utk buat ct /mri scan
Berusia 21 tahun mengalami pening dan sakit kepala yg kerap

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat pelbagai faktor penyebab kepada sakit kepala seperti:
- Migrain - pencetus seperti coklat, keju, kafein dan pil hormon
- Sakit kepala tegang - akibat stres
- Dehidrasi
- Sindrom menstruasi bagi wanita
- Jangkitan dalam kepala - jika mempunyai demam, sawan, sakit tengkuk
- Ketumbuhan atau pendarahan dalam kepala
CT scan adalah sejenis ujian yang menggunakan X-ray putaran manakala MRI menggunakan konsep megnetik cecair dalam badan. Kedua-dua ujian ini sangat sensitif untuk melihat struktur dalaman badan namun sangat mahal untuk dilakukan dihospital. Kadarnya adalah berbeza-beza mengikut hospital dan sekiranya mahu membuat dihospital kerajaan memerlukan surat doktor terlebih dahulu. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.