Sulit
6 tahun
Saya mengalami beberapa masalah wanita
Hii.Saya berumur 23 dan saya menghadapi beberapa masalah bulan ini haid saya datang lebih awal dari beberapa bulan yang lepas .tempoh haid adalah 5 hari dan smnggu kemudian trdapat cairan berwarna coklat keluar dri kemaluan saya .selepas satu hari cairan itu keluar lagi. adakah ia normal? kadang kadang saya juga ada keputihan seakan berwarna hijau kekuningan dan agak hanyir .saya seorang perokok tegar .adakah ia memberi kesan trhadap masalah saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Bagi masalah cecair hijau kekuningan tersebut, ia boleh disebabkan masalah seperti:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































