Sulit
6 tahun
Saya mengalami pening kepala..terasa huyung hayang setiap hari..sepanjang masa..selama 5 hari…dan tadi najis berwarna hitam
Pening kepala…najis hitam
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- darah merah yang rendah kerana terdapat pendarahan dalam perut anda menyebabkan najis berwarna hitam.
- Kandungan gula dalam darah rendah
- tekanan darah rendah
Anda perlu segera ke hospital kerana dikhuatiri terdapat pendarahan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































