Anonymous
5 tahun
Saya telah melakukan seks oral dan kena ulser di bahagian tepi bibir
Saya melakukan. sex oral , tetapi saya tidak ada demam or tanda tanda awal HIV . tetapi mulut saya kena ulser di bahagian bibir tepi
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Terdapat pelbagai jenis punca yang boleh menyebabkan ulser di bahagian tepi bibir. Untuk kes anda, punca yang paling disyaki sekarang adalah cold sores atau herpes labialis, iaitu ruam atau kudis air yang disebabkan oleh jangkitan virus herpes simplex atau HSV. HSV merupakan sejenis virus yang berjangkit melalui hubungan seks atau dari ibu ke anak semasa mengandung atau semasa proses kelahiran. Virus ini juga boleh berjangkit melalui sentuhan orang yang mempunyai kudai air HSV atau perkakas yang telah tercemar oleh virus HSV. Walaupun anda mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap jangkitan HSV, anda sekarang berisiko tinggi untuk menghidap penyakit berjangkit lain yang lebih serius seperti HIV, hepatitis B dan hepatitis C. Ruam yang disebabkan oleh HSV biasanya dirawat dengan ubat sapu antivirus seperti krim yang mengandungi aciclovir.
Jangkitan HSV merupakan sejenis jangkitan kelamin. Oleh itu, jika anda pernah menjalankan hubungan seks tanpa perlindungan atau pernah mengamalkan hubungan seks bebas, anda sekarang berisiko tinggi untuk menghidap penyakit berjangkit lain yang lebih serius seperti HIV, hepatitis B dan hepatitis C.
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Untuk pengetahuan anda terdapat dua peringkat untuk simptom jangkitan HIV. Dalamperingkat awal iaitu masa 2-6 minggu selepas dijangkiti virus, sebilangan pesakit akan mengalami tanda-tanda seperti demam, sakit tekak , batuk, sakit otot, sakit kepala, cirit-birit, bengkak kelenjar limfa, letih, ruam, sakit sendi dan turun berat badan.
Anda tidak mempunyai mana-mana simptom ini.
Menurut penerangan simptom anda, kami mengesyaki anda mungkin mengalami jangkitan Herpes Simplex Virus (HSV). ). Virus ini menjangkiti tubuh melalui luka kecil pada kulit atau lapisan mukosa. Terdapat dua jenis virus herpes yang dikenal pasti:
• HSV 1: Kudis berisi air di mulut atau di muka
• HSV 2: Kudis berisi air di kawasan kemaluan
HSV 1 ini biasanya menyebabkan ruam, kudis berisi air pada bibir atau di dalam mulut. Ia juga menyebabkan ulser yang sakit. Bahagian lain yang turut dijangkiti ialah kemaluan, mata dan system saraf. Simptom tidak akan muncul serta merta tetapi selepas beberapa hari, minggu atau tahun. Anda kemungkinan besar mengalami jangkitan HSV jenis 1 kerana anda mempunyai ulser di kawasan bibir.