jabari

7 tahun

Saya wanita dan sakit kepala teruk

hye…saya wanita S dan umur 26…saya mudah sakit kepala…keberkelakagan ini saya mudah sagat sakit kepala,sampai 1 tahap tibe gelap j mata…

Dr Ilias,

7 tahun

Hai. Terima kasih untuk soalan saudari.

Gelap mata secara tetiba ialah keadaan di mana seseorang tidak sedarkan diri untuk jangka masa yang pendek.

Ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, dan boleh dibahagikan kepada 3 penyebab utama; pengsan kerana bersebab, pengsan tidak bersebab dan juga sawan. Kebanyakan punca tidak sedarkan diri untuk jangka masa yang pendek adalah disebabkan pengsan yang tidak bersebab, dikenali sebagai psychogenic blackouts. Sebanyak 50% orang mengalami sekurang-kurangnya satu episode ini dalam hidup mereka.

Terdapat banyak sebab kenapa terjadinya pengsan yang bersebab. Keadaan ini biasanya terjadi bersama beberapa simptom lain seperti sakit kepala yang teruk, hilang tenaga untuk menggerakkan tangan, tangan dan kaki tidak boleh bergerak dan juga kebiasaanya pesakit ini mempunyai sejarah kesihatan yang kronik seperti darah tinggi, kencing manis, tinggi kolesterol dan sebagainya.

Untuk soalan saudari, banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum saya dapat memberi sebarang jawapan yang tepat. Boleh jadi saudari mengalami sakit kepala seperti tension headache atau migraine dan ini menyebabkan saudari tidak cukup rehat dan air didalam badan yang boleh menyebabkan saudaru pengsan. Namun nasihat saya yang terbaik ialah agar saudari berjumpa dengan doktor dan melakukan ujian-ujian yang sepatutnya untuk mengenal pasti diagnosis yang tepat.

Hi dan salam sejahtera, terima kasih untuk soalan anda. Saya bersimpati terhadap keadaan yang anda alami. Anda pasti berasa tertekan dengan sakit kepala yang kerap kali berulang ini.

Sakit kepala seperti migrain adalah jenis sakit kepala yang sangat popular dalam kalangan golongan muda dan dua kali ganda lebih terkenal dalam kalangan wanita. Migrain boleh dikatakan sebagai satu stereotaip. Hal ini kerana jenis kesakitan yang dialami oleh pesakit mempunyai tanda-tanda yang senang dikenal pasti. Kebanyakan daripada mereka mengalami kesakitan pada satu bahagian sama ada kiri atau kanan.

Kesakitan tersebut di kedua-dua belah kepala dikenali sebagai sakit kepala jenis tension. Satu pertiga daripada pesakit migrain akan mengalami migrain dengan aura. Bukan itu sahaja, kesakitan itu disifatkan sebagai denyutan. Mereka juga lebih peka terhadap cahaya, bunyi, bau dan berasa loya. Sakit migrain juga selalunya berlaku antara 4 hingga 72 jam.

Cara merawat sakit kepala ini biasanya menggunakan ubat tahan sakit seperti Paracetamol atau NSAID. Terdapat juga ubat khas untuk migrain seperti Sumitriptan. Sebelum menerima sebarang rawatan, saya ingin menasihati saudara untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan pemeriksaan penuh. Saya berharap penjelasan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.

Sakit kepala merupakan salah satu gejala yang paling biasa dalam kalangan kita. Kebanyakan sakit kepada bersifat sementara dan akan sembuh dengan sendiri. Secara amnya, sakit kepala yang kronik atau sakit kepala yang yang datang dengan gejala lain yang serius perlu dirawat dengan segera.Punca-punca yang boleh menyebabkan gejala anda termasuk:

• Migrain
• Sakit kepala Tension
• Sakit kepala sinus
• Sakit kepala kluster
• Penyakit mata seperti rabun dekat atau rabun jauh, dan glaukoma
• Tidur berlebihan atau tidak mencukupi
• Tekanan darah tinggi atau rendah
• Sakit saraf seperti trigeminal neuralgia
• Sakit gigi dan tulang rahang
• Kekejangan otot leher
• Kecederaan kepada kepala, leher dan otak
• Tekanan emosi dan penyakit psikiatrik seperti kemurungan
• Persekitaran yang tidak kondusif seperti bising, berasap dan berbau

Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mengenal pasti punca masalah anda. Salah satu punca utama yang menyebabkan sakit kepala dan penglihatan yang gelap adalah migrain. Migrain merupakan sejenis sakit kepala yang disebabkan oleh kekecutan saluran darah di kepala. Biasanya ia menyebabkan kesakitan di satu belah kepala sahaja tetapi ia boleh merebak ke kedua-dua belah kepala. Serangan migrain dirawat dengan ubatan seperti ibuprofen dan paracetamol. Untuk mencegah serangan migrain, elakkan punca-punca yang boleh mencetuskan migrain dan amalkan gayan hidup yang sihat.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)