Sulit
5 tahun
Selepas bersalin masih tak period n xbersama lagi
Hai doc… Saya nak tanya, selepas bersalin saya masih tidak makan pil perancang… Dan masih tidak bersama… Dan sepatutnya hari nie saya period, tp still xperiod… Kalau saya makan pil sepatutnya menjadi hari ke4 saya period boleh ke doc… Hormon saya lari tak…n tarikh period saya utk bln depan sama tak… Sepanjang saya mkn pil, boleh ke saya period… Harap, doc faham soalan saya😅
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman pihak puan, terdapat banyak penyebab masalah haid lewat atau haid tidak teratur yang mungkin menyebabkan anda masih tidak datang haid sejak februari lalu. Antara penyebab masalah kitaran haid tidak teratur adalah:
- keletihan
- tekanan emosi
- aktiviti harian yang sibuk atau aktiviti fizikal yang berat
- masalah berat badan
- masalah tiroid atau pituitari
- masalah ovari, rahim atau serviks
- haid lewat akibat kehamilan
Namun begitu, kitaran haid normal bagi wanita boleh jadi antara 21-35 hari. Jadi terdapat kemungkinan anda datang sedikit lewat pada kali ini. Oleh itu, sekiranya anda masih tidak datang haid melebihi kitaran 35 hari, anda boleh melakukan ujian kehamilan, atau mendapatkan nasihat lanjut agar punca masalah haid anda dapat diketahui. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























