
Sulit
3 tahun
Senak perut ketika bersama suami
7 bulan
saya wanita 27 tahun dan telah berkahwin. Masalah saya adalah perut saya terasa sakit ketika bersama suami. Ini kali pertama saya berasa sakit di tengah tengah perut. sebelum ni tidak pernah terjadi seperti ini. Mula terjadi sakit perut apabila kami melakukan dalam posisi doggy. Perut terasa sangat senak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Kecederaan pada dinding faraj
- Radang faraj ( vaginitis )
- Radang serviks ( cervicitis )
- Jangkitan kelamin ( sexually transmitted infection )
- Jangkitan salur kencing ( urinary tract infection )
- Belum bersedia, faraj tidak menghasilkan pelincir dengan cukup
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
SIla berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah:
- Demam
- Pendarahan daripada faraj
- Sakit perut atau ari-ari
- Sakit dan kerap membuang air kecil
- Air kencing bercampur darah/nanah
- Terdapat cecair berbau keluar daripada faraj
- Faraj mengeluarkan cecair berwarna hijau kekuningan
- Gatal-gatal di kawasan kemaluan
- Gejala mengganggu aktiviti harian dan seksual
Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu anda dalam masalah sakit ketika berhubungan intim.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana gejala ini boleh mengganggu aktiviti harian dan aktiviti seksual anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.