
qurnia78
5 tahun
Senaman yang sesuai utk pesakit darah tinggi
Sy wanita dlm lingkungan umut 40an… Br2x ni tekanan darah sy naik. Dn skrg on meds. Nk tnye doktor, apakah senaman yg sesuai utk pesakit darah tiggi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman puan, untuk pesakit darah tinggi, aktiviti senaman jenis aerobik, penguatan otot dan meregangkan otot boleh dilakukan oleh puan.
Aktiviti aerobik adalah seperti,berjogging, berbasikal, berjalan, bermain badminton dan sebagainya. Senaman penguatan otot boleh membakar kalori dan mengurangkan masalah sendi. Senaman meregangkan otot penting untuk meningkatkan fleksibiliti dan mengelakkan kecederaan.
Anda disarankan untuk melakukan senaman selama 30 minit, 5 kali seminggu. Jangan lupa untuk melakukan senaman memanaskan badan untuk mengelakkan masalah otot kejang. Anda juga harus melakukan senaman yang bersesuaian dengan kemampuan anda. Selepas habis bersenam, ingatlah untuk melakukan senaman menyejukkan badan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.