
Sulit
4 tahun
Sering tidur lambat dalam seminggu
Saya remaja berumur 20 tahun, telah seminggu saya kerap tidur lewat. Kadang 5-7 pagi baru lena. Bangun jam 12-2pm. Saya tak tahu apa masalah saya. Adakah ia anxiety? Atau depression? Atau insomnia? Malah bukan seminggu yg baru utk saya tapi boleh kata dalam sebulan mesti ada seminggu tak boleh tidur awal.

5 tahun
Salam sejahtera.
Secara umumnya, insomnia merupakan ketidakupayaan untuk mendapatkan tidur secukupnya atau perasaan subjektif di mana seseorang itu berasa tidak puas walaupun telah diberi peluang untuk tidur dengan secukupnya.
Antara tanda-tanda insomnia adalah pengambilan jangka masa yang panjang dari masa melelapkan mata sehingga tidur, tidur yang tidak nyenyak, sering bangun awal daripada masa yang biasa dan keletihan dan perasaan mengantuk pada waktu siang.
Tidur adalah sangat penting untuk memastikan badan kita mempunyai tenaga yang mencukupi untuk keesokan hari. Oleh itu, insomnia boleh mendatangkan kesan-kesan negatif seperti tekanan emosi, risiko yang lebih tinggi untuk kemalangan serta kemerosotan prestasi kerja dan aktiviti harian.
Anda digalakkan untuk berjumpa denagn doktor untuk mengenal pasti punca untuk masalah anda. Rawatan yang terbaik akan diberi kepada anda, termasuk perkhidmatan kaunselling dan psikologi sekiranya anda mengalami tekanan emosi. Selain itu, anda digalakkan untuk mengamalkan tabiat tidur yang baik atau “good sleep hygiene”.