
Sulit
4 tahun
Sesuatu keras di payudara
Assalammualaikum Doktor, saya dapat rasakan seperti ada sesuatu yg keras di payudara kanan bahagian atas saya. Ianya seperti gumpalan keras tidak begitu besar… ketika berdiri saya merasakan ianya sperti panjang namun bila baring ianya susah dicari dan seperti seketul kecil sahaja… saya menekan ia dan sehingga kini payudara saya merasa sakit. Dan sperti kebas. Perlukah saya dapatkan pemeriksaan.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi iaitu gumpalan keras pada bahagian atas payudara. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Tidak semua gumpalan payudara disebabkan oleh kanser payudara, namun perlu diwaspadai dan segera berjumpa dengan doktor apabila gumpalan payudara disertai gejala berikut:
- Benjolan tidak dapat digerakan atau digeser
- Benjolan pada ketiak
- Puting payudara tertarik ke dalam
- Perubahan bentuk,kontur,ukuran,warna kulit payudara
- Keluar cairan atau darah dari puting
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Justeru, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya masalah ini berlarutan dan mengganggu anda.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih