
Sulit
4 tahun
Susah tido atas sebab rasa keresahan dan banyak berfikir
Hi saya nak tanya solution untuk tunang saya yang mengalami masalah susah nak tido. Semalam dia tido dalam pukul 11:30pm and terjaga 2:30am sebab tersentak. Lepas terjaga tu dia tak boleh tido balik padahal dia nak sangat tido sebab penat kerja. Tapi dia tak boleh tido atas sebab bila dia try tido dia jadi takut and dia banyak fikir tapi bila saya tanya apa yang dia fikir dia cakap dia tak tahu yang dia tahu otak dia tengah berfikir sesuatu. Dia terpaksa tahan mengantuk sampai saya bangun pukul 5:00am. Lepas dengar suara saya dan saya nasihat dia untuk minum air dengan basuh muka baru dia boleh tido. Mende ni jadi lagi petang ni dalam pukul 1:30pm tadi dia cakap dia rasa kegelisah tapi tak tahu sebab apa. Saya baca dekat Internet ni punca-ii orang yang mengalami penyakit anxiety disorder tapi saya tak percaya sebab belum dapat kepastian dari mana-ii doktor lagi. Jadi saya harap doktor boleh bagi jawapan sama ada betul ke itu penyakit anxiety atau tak dan saya harap doktor boleh bagi nasihat dan solution untuk masalah tunang saya ni. Tq🖤

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah yang tunang anda hadapi iaitu tidak dapat tidur malam dan rasa gelisah yang melampau. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Stress dalam kehidupan harian
- Jadual kerja yang menggangu masa tidur
- Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
- Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
- Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.
- Sesetengah ubat asma, ubat darah tinggi, ubat tahan sakit dan ubat selsema.
- Masalah kesihatan yang lain seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, asma, pedih ulu hati, penyakit tiroid dan penyakit Alzheimer.
- Kafein, nikotin (bahan racun dalam rokok)
Selain itu, sedikit tips untuk tunang anda, amalan sleep hygine adalah salah satu cara mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Iaitu:
- Elakkan makan dan minum sebelum waktu tidur. Ambil makan malam anda lebih awal.
- Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari untuk membina pola tidur anda
- Elakkan melihat skrin atau alat elektronik sebelum tidur
- Banyakkan bersenam dan bergerak aktif pada waktu siang untuk membantu anda lebih lena pada waktu malam
- Tidur dalam keadaan gelap, sunyi dan suhu yang selesa
Dapatkan tidur yang lena untuk teruskan aktiviti harian !
Tunang anda boleh cuba melakukan tips di atas dan rujuk kepada doktor sekiranya masalah tunang anda berlarutan atau menggangu aktiviti harian. Untuk itu, tunang anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info lanjut, sila klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih