
Sulit
4 tahun
Tahi keras menyebabkan sukar untuk mengeluarkan
saya berusia 16 tahun mengalami sukar untuk berak . pada mulanya saya terasa ingin membuang air besar tetapi taik tidak keluar. saya mengambil masa sekejap lalu saya masuk semula ke tandas dan akhirnya boleh keluar. pada baru baru ini juga terjadi lagi pada 7/1/2021 saya ingin berak tetapi seperti yang sama juga berulang. akhirnya saya teran dan teran taik tu keluar tetapi ada titisan darah yang fresh juga keluar . saya ada baca dekat Google maybe itu punca sebab saya teran dan dinding boleh bengkak . semalam 11/1/2021 saya berak dan kejadian yang sama juga berlaku dan masih ada darah fresh dan ada yang berada di taik. saya melihat taik saya seperti keras mungkin itu faktor saya untuk sukar membuang air besar . jadi kesimpulannya , apakah yang harus saya lakukan dan adakah ini akan membahayakan saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sukar buang air besar dan najis berdarah yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Penyakit Radang Usus
- Sembelit dan buasir
- Masalah pembekuan darah
- Polip/adenoma (ketumbuhan benign) dalam usus besar
- Ketumbuhan (kanser) usus
Sekiranya anda mengalami gejala tambahan seperti demam, turun berat badan secara drastik dan lemah badan anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.