Sulit
6 tahun
Tak makan pil perancang hari ke5
1.sy makan pil perancang jenama mercilon. Pada hari ke4 sy makan pil seperti biasa dan telah melakukan hubungan seks bersama suami…tetapi pada hari ke5 sy lupa utk mkn pil pada sblh malam seperti biasa sy makan…dan menggantikan waktu subuh selepas saya teringat. Adakah saya perlu ambil pil kecemasan sebab dah terlupa makan pil
- Waktu makan pil perancang kena sama ke setiap hari…cth : sy makan pil pukul 10mlm…adakah kena amik waktu yg sama…atau blh terawal atau terlambat sedikit 2-3jam
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sekiranya terlupa makan pil perancang, anda boleh langsung makan sebaik teringat. Selain itu, walaupun tidak harus, adalah lebih baik untuk anda mengamalkan pil pada waktu yang sama setiap hari agar tidak terlupa.
Merujuk kepada pil perancang kecemasan, anda tidak perlu mengambil pil perancang kecemasan sekiranya hanya terlupa sehari. Namun, sekiranya anda ambil, sila gunakan kaedah pencegahan kehamilan tambahan seperti kondom selama kurang lebih 2 minggu.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




































